PELAKSANAAN

DOKUMENTASI CARA PELAKSANAAN ONLINE WHITEBOARD

Dalam projek ini, kami memilih aplikasi Online whiteboard percuma bernama Ziteboard, boleh rujuk URL https://ziteboard.com

Di bawah ini ditunjukkan contoh bahan bantu mengajar yang menggunakan aplikasi online white yang di sediakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.






MANUAL PENGGUNAAN ZITEBOARD

1.  Masuk ke laman utama Ziteboard.com. Terdapat arahan dan petunjuk bagi tatacara penggunaan aplikasi papanputih atas talian ini untuk pengguna baharu.


Laman utama Ziteboard.com


Arahan pengguna tentang cara-cara melakarkan idea di atas papan putih atas talian ini.


2. Pengguna baharu perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum log masuk ke dalam aplikasi. Pilih menu login atau sign up.



Pengguna boleh menggunakan idpengguna sedia ada di mana-mana laman sosial seperti facebook, twitter atau google. Dalam projek ini kami menggunakan idPengguna google kerana kebanyakkan pelajar mempunyai emel di google.




3. Setelah mendaftar dan log masuk, pengguna boleh mula membuat lakaran, menulis atau berkongsi bahan seperti imej atau gambar menggunakan papanputih yang disediakan dengan menu alatan yang sedia ada. Pengguna boleh  menggunakan peralatan (tools) yang disediakan dalam aplikasi tersebut seperti menulis text, melakarkan bentuk bulatan, segiempat dan sebagainya, memadam lakaran, menukarkan warna tulisan dan pelbagai lagi bagi merekabentuk idea dalam bentuk visual di atas papanputih tersebut.


Menu-menu pilihan alatan sokongan yang disediakan untuk pengguna menghasilkan karya kreatif di atas papanputih atas talian.


Contoh hasil kerja pelajar membuat peta minda di atas papan putih atas talian. Menu-menu arahan tambahan bagi pengguna disebelah kiri aplikasi ini seperti menyimpan hasil kerja (save Board), Tempat menyimpan hasil kerja pengguna dan hasil kerja yang dikingsikan oleh pengguna lain )My Board), menjemput pengguna lain berkongsi karya (invite Peaople) dan lain-lain lagi.

4.  Aplikasi ini juga membolehkan pengguna berkongsi idea atau karya secara terus dengan pengguna-pengguna yang lain. Dimana guru boleh berkongsi idea atau isi kandungan topik pelajaran dengan pelajar melalui alamat url yang disediakan. Ataupun guru boleh menghantar pautan url kepada pelajar melalui alamat emel mereka.




Contoh diatas menunjukkan pelajar telah berkongsi hasil kerja mereka dengan guru. Guru boleh memantau dan memberi komen secara terus terhadap hasil kerja pelajar. Menu invite memboleh pengguna berkolaborasi, berbincang, memberi komen, memperbetulkan, menambah dan mengedit isi kandungan di atas papan putih dengan pengguna jemputan.


5. Penggunaan menu share to view. 



Menu ini membolehkan pengguna berkongsi hasil karya dia tas papnputih dengan pengguna yang lain melalui url yang dikongsi atau meletakkan papnputih di laman web mereka dengan hanya menyalin kod yang diberi ke laman web pengguna. Menu ini ini hanya membenarkan pengguna luar melihat, membuat zoom in atau zoom out dan menggerakkan isi kandungan papan putih tetapi mereka tidak boleh berkolaborasi atau mengedit papan putih tersebut.

6. Penggunaan menu My Board.



Contoh hasil kerja pelajar yang dikongsi kepada guru di ruang My Board( ruangan papan putih guru). Melalui menu ini, guru boleh memantau penghantaran tugasan pelajar. Pelajar pula boleh berkongsi hasil tugasan mereka dengan rakan-rakan yang lain secara langsung. Ini dapat meningkatkan kreativiti dan merangsang idea mereka dengan baik.


7. Pengguna boleh berkolaborasi secara langsung menggunakan aplikasi ini melalui chating board yang disediakan. Pengguna juga boleh membuat video call dengan pengguna yang lain.



No comments:

Post a Comment

LAMAN UTAMA

ONLINE  WHITE BOARD :  PEMBELAJARAN PINTAR DAN MUDAH ALIH