Online Whiteboard ialah satu
perisian yang menyediakan platform komunikasi secara visual secara atas
talian. Ia boleh dicapai melalui mana-mana jenis pelayar web dan juga boleh dicapai
menggunakan ipad dan peranti Android . Aplikasi ini membantu guru dan pelajar
untuk berkolaborasi, berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan di atas
talian menggunakan papan putih (whiteboard). Papan putih –whiteboard: yang
boleh didefinisikan sebagai satu tempat yang boleh memaparkan maklumat kepada
beberapa pengguna dimana mereka boleh menulis atau melukis di atasnya. Oleh
itu, Online whiteboard boleh didefinisikan sebagai ‘Papan putih Atas Talian’ berkonsepkan pembelajaran maya dimana pelajar dan guru boleh menulis dan melukis apa sahaja malah berkongsi
imej dan gambar, mengadakan perbincangan, membuat analisa dan juga bertukar-tukar idea. Asasnya aplikasi ini membolehkan pelajar dan guru
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka bukan
sahaja di dalam kelas tetapi diluar kelas melangkaui sempadan masa dan tempat.
Aplikasi ini dapat menyediakan ruang untuk guru dan pelajar berkongsi maklumat
berkaitan nota, membuat lakaran, membuat peta minda dan mengadakan sesi perbincangan dengan
lebih jelas secara langsung dengan pelajar tanpa bersua muka dan walau dalam jarak yang jauh. Guru
boleh mengadakan sesi pengajaran dan pembejaran secara individu (one to one)
dengan pelajar dan memantau hasil kerja pelajar dengan lebih mudah. Online
Whiteboard adalah satu aplikasi digital merupakan alternatif yang boleh
digunakan oleh para guru untuk sesi pengajaran
secara maya tidak terbatas oleh sempadan tempat dan masa, lebih
efektif, menjimatkan masa dan mudah
digunakan.
OBJEKTIF
- Membantu dalam meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.
- Memudahkan pelajar berkongsi maklumat dan pendapat di antara satu sama lain secara langsung.
- Memudahkan pemantauan pensyarah terhadap hasil kerja pelajar.
- Mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih efisien di antara pensyarah dan pelajar walaupun di luar kelas.
KUMPULAN SASARAN
Aplikasi Online Whiteboard ini diuji kepada pelajar Program Dua Tahun
(PDT) di Kolej Matrikulasi Selangor seramai 30 pelajar dari kelas D16M2T1, D16M2T2, D16M3T2 dan D16M3T4 sesi 2016/2017.
Pelajar-pelajar ini mempelajari tajuk Teknologi Internet pada setiap semester
kedua dalam pengajian mereka.
No comments:
Post a Comment