PENYATAAN MASALAH


Membuat peta minda adalah satu aktiviti pembelajaran yang seringkali diterapkan kepada pelajar sama ada dilakukan di dalam kelas mahupun sebagai tugasan yang perlu disiapkan. Pelbagai bentuk peta minda yang akan disediakan oleh pelajar mengikut idea masing-masing kadang kala menepati isi kandungan pelajaran dan kadang kala tidak menepati. Melalui aktiviti pembelajaran lalu, ada di kalangan pelajar yang telah menyiapkan peta minda mereka tetapi tidak menepati malahan mengandungi maklumat yang salah. Lakaran yang telah dibuat di atas kertas dengan lukisan pelbagai warna akan menjadi cacat setelah pembetulan dilakukan. Guru juga perlu mengambil masa untuk menyemak hasil tugasan pelajar setelah pelajar menghantar tugasan tersebut. Pelajar perlu membuat peta minda semula di atas kertas yang baharu untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Kaedah konvensional ini juga, tidak menggalakkan perkongsian maklumat dan bahan di antara rakan sebaya di dalam kelas mahupun diluar kelas. Kebanyakkan peta minda yang telah dihasilkan disimpan menjadi rujukan individu pelajar masing-masing tanpa dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Pelajar juga sukar untuk membentangkan hasil kerja masing menggunakan kaedah manual di mana kertas atau pun papan putih  mempunyai kawasan yang terhad.

   
Contoh peta minda yang dilakarkan di atas kertas. Guru mengambil masa untuk menyemak hasil kerja pelajar. Tulisan pelajar yang pelbagai juga sukar di fahami oleh guru dan pelajar lain.

Oleh itu, online whiteboard memberi alternatif kepada pembelajaran abad ini menggunakan teknologi digital yang mana pelajar dan guru berupaya berkongsi idea, menjalankan sesi tutoran malah mengadakan sesi perbincangan secara langsung di atas talian tanpa terbatas masa dan tempat. Aplikasi ini juga menjimatkan masa dan berkonsepkan hijau iaitu dapat mengurangkan penggunaan kertas. Pelajar boleh melakarkan dan menulis idea mereka seperti membuat peta minda berkaitan mata pelajaran yang dipelajari dan boleh berkongsi idea mereka itu secara langsung dengan guru mahupun rakan pelajar. Guru boleh memberi komen dan memantau hasil kerja pelajar lebih mudah dan cepat dan sesi pembelajaran boleh di adakan secara individu. Aplikasi ini juga berupaya mengadakan komunikasi antara pengguna dengan pengguna yang lain melalui kaedah perbualan melalui mesej teks, suara atau video. Aplikasi ini juga membantu guru membuat pembentangan topik pembelajaran dan menjadi bahan pengajaran yang lebih efektif kerana ianya lebih jelas dan menarik berbanding dengan kaedah manual menggunakan kertas dan papan putih di dalam kelas yang lebih terhad penggunaannya.



Contoh peta minda yang dihasilkan oleh pelajar menggunakan aplikasi online whiteboard. Hasil kerja pelajar lebih jelas dan mudah difahami.


Pelajar boleh melakukan akses melalui telefon bimbit.

 Guru dapat menjadikan sebagai bahan bantu pengajaran di dalam kelas yang lebih efektif.

 Pelajar membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas secara terus. Lebih praktikal dan jelas berbanding menggunakan papan putih atau kertas.



No comments:

Post a Comment

LAMAN UTAMA

ONLINE  WHITE BOARD :  PEMBELAJARAN PINTAR DAN MUDAH ALIH