IMPAK

IMPAK DALAM PENGUASAAN ISI KANDUNGAN PELAJARAN

Ujian pre test dan post test telah dilaksanakan unutk melihat keberkesanan penggunaan aplikasi Online whiteboard ini.
Daripada graf, menunjukkan prestasi pelajar meningkat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menggunakan aplikasi online whiteboard.

RESPON PENGGUNA ONLINE WHITEBOARD

RESPON PENSYARAH
Respon diperolehi daripada hasil temubual 5 orang pensyarah.  Keseluruhan pensyarah memberi respon positif seperti berikut.

1. Penghantaran hasil kerja pelajar lebih mudah dipantau.
2. Hasil kerja pelajar lebih tersusun dan lebih mudah difahami.
3. Pembetulan dan komen secara langsung memudahkan keberkesanan PNP.
4. Sesi pembentangan lebih efektif dengan bahan visual yang dihasilkan.
5. Dapat mengurang penggunaan kertas, mengamalkan konsep HIJAU.

Keseluruhan pensyarah bersetuju penggunaan aplikasi ini dapat membantu keberkesanan proses pnp dan aplikasi ini boleh menjadi alternatif kepada sesi pengajaran dan pembejaran jarak jauh menggantikan proses pengajaran di dalam kelas.


RESPON PELAJAR


FEEDBACK PENGGUNA APLIKASI ONLINE WHITEBOARD DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tandakan (/) mengikut skala berikut:
1.         Sangat Tidak Setuju    (STS)
2.         Tidak Setuju                (TS)
3.         Setuju                          (S)
4.         Sangat Setuju              (SS)

Bil
Item
Peratus (%)
1
(STS)
2
(TS)
3
(S)
4
(SS)
1
Aplikasi ini mudah digunakan
5
50
35
10
2
Aplikasi ini menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran
15
40
30
15
3
Aplikasi ini memudahkan penghantaran tugasan kepada pensyarah.
5
5
55
35
4
Aplikasi ini mempercepatkan masa maklumbalas di antara pensyarah dan pelajar terhadap sesuatu tugasan yang dibuat.
0
20
50
30
5
Aplikasi ini membantu pembelajaran di dalam kelas
5
10
55
30
6
Aplikasi ini membantu pembelajaran di luar kelas
5
15
55
25
7
Anda tidak perlukan bantuan untuk memahami dan menggunakan Aplikasi ini.
0
25
60
15
8
Aplikasi ini membantu dalam mempelajari isi kandungan mata pelajaran.
0
20
55
25
9
Aplikasi ini meransang anda dalam mempelajari topik.
5
20
45
30
10
Saya mencadangkan supaya aplikasi ini dapat terus digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
5
40
45
10
































Analisis hasil penilaian pelajar.

1. 80% pelajar menyatakan aplikasi ini membantu mereka dalam mempelajari isi kandungan matapelajaran dan 75% meransang mereka dalam mempelajari topik dan menjana idea.
2. Lebih 80% pelajar bersetuju aplikasi ini dapat membantu sesi pembelajaran lebih efektif di dalam kelas mahupun diluar kelas.
3. 90% pelajar bersetuju aplikasi ini memudahkan penghantaran tugasan kepada pensyarah.
4. 80% pelajar bersetuju masa maklum balas di antara pensyarah dan pelajar lebih cepat. Ini menunjukkan keupayaan aplikasi ini untuk berkolaborasi di antara satu sama lain.

Walau bagaimana pun , sebahagian pelajar mengatakan aplikasi agak sukar digunakan dan mengambil masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan. Ini adalah kerana aplikasi ini memerlukan bahan elektronik komputer atau telefon bimbit serta akses capaian kepada internet yang baik untuk melaksanakan tugasan. Sebahagian pelajar masih tidak mempunyai kemudahan dan peralatan tersebut. Sebahagian pelajar juga masih belum mahir dalam penggunaan literasi komputer. Oleh sebab itu, sebahagian pelajar  sahaja yang bersetuju supaya aplikasi ini terus digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Disamping mempunyai kengkangan kemudahan capaian talian internet dan peralatan.


KESIMPULAN

Rumusan yang boleh dibuat daripada soal selidik guru dan pelajar didapati aplikasi ini dapat membantu proses pnp dan meransang minat pelajar dalam menguasai suatu topik pelajaran. Aplikasi ini juga satu alternatif kepada proses pnp yang lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi pelajar dan membantu guru memudahkan kerja seperti pemantauan penghantaran tugasan dan menyemak hasil tugasan pelajar. Namun begitu terdapat kengkangan dari segi kemudahan capaian ke talian ke internet dan memerlukan kos yang mahal untuk menggunakan aplikasi ini.

No comments:

Post a Comment

LAMAN UTAMA

ONLINE  WHITE BOARD :  PEMBELAJARAN PINTAR DAN MUDAH ALIH